Set Tangas telah melalui proses modenisasi
Khamis, Jun 11, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid


Kaedah bertangas telah sinonim dengan masyarakat Melayu sejak sekian lama. Keberkesanannya telah terbukti dan manfaatnya dinikmati menjadikan ianya kaedah yang dapat bertahan sehingga sekarang.


Kaedah bertangas dahulu adalah suatu kaedah yang rumit untuk disediakan memandangkan ianya terdiri daripada pelbagai barangan yang tidak seragam seperti tikar mengkuang. bangku yang berlubang, periuk tanah dan ramuan yang terpaksa dicari keliling kampung apabila hendak menggunakannya.


Seperti yang dapat dilihat pada gambarajah diatas, kaedah bertangas memerlukan bangku yang ditebuk bentuk bulat ditengahnya kemudian diletakkan periuk tanah yang telah siap ramuannya (telah dipanaskan) dan duduk diatas bangku tersebut dan badan dibungkus dengan tikar mengkuang. kekurangan kaedah ini, wap herba banyak terbazir dan lubang yang bulat yang memaksa pengguna sentiasa menyesuaikan punggung untuk penyerapan wap herba.


Di Jana Herba kaedah bertangas menjadi lebih senang, praktikal dan menyeronokkan.


Perhatikan pada lubang yang telah di tebuk begitu rupa. Sekali imbas ia mirip lubang tandas, tetapi ianya berbeza. Ada dua bahagian pada lubang tersebut iaitu yang besar dan kecil. Bahagian besar adalah untuk depan kita dan bahagian kecil adalah untuk belakang. Perhatikan bahagian tengah lubang (antara perjumpaan lubang kecil dan besar) terdapat lengkungan potongan. Ianya direka khas untuk menampung tulang punggung kita semasa duduk. Oleh itu bahagian depan mendapat 65% dan bahagian belakang 35% wap panas herba.


Pintunya dibuka dibahagian depan dan kebawah supaya senang pengguna mengendalikannya sendiri urusan bertangas dan boleh dikendalikan semasa duduk. Periuk tanah disertakan dengan batu sungai sekali untuk memberi pilihan kepada pengguna samada menggunakan kaedah tangas basah atau kering.


Lubang dikiri kanan set tangas adalah supaya mudah mengangkat dan mengalihkan set tersebut, maklumlah beratnya saja set tangas tersebut 10kg kerana ia diperbuat daripada kayu yang kuat dan tahan daripada air dan haba.


Apabila bertangas gunakanlah Kain Sarung Tangas keluaran Jana Herba. Kain ini bersaiz besar dan boleh melitupi keseluruh set tangas dan badan apabila duduk diatasnya, manakala kain pelikat atau kain batik tidak dapat menutupi bangku tangas apabila kita pakai dan duduk diatasnya. Kain Sarung Tangas keluaran Jana Herba juga disertakan dengan tali pencerut dan ianya memberi pilihan samada anda hendak memakainya pada paras leher atau pinggang.


Apabila Jana Herba merekacipta sesuatu, ia dipastikan supaya memberi manfaat dan kemudahan kepada pengguna. 


Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi:

Ahmad Tarmizi bin Zaid

Pengurus bahagian Jualan dan Promosi

Jana Herba Enterprise

Tel: 012-6963987

email: mizzy2bizzy@gmail.com

website: http://janaherba.blogspot.com


|
Jana Herba di Harian Metro
Khamis, Jun 04, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid

Jana Herba pelopor bidang pengwapan herba di Malaysia meneruskan langkah ke kehadapan dengan mengwar-warkan bidang pengwapan herba ini  di akhbar-akhbar tempatan.


Oleh itu pada 2 Jun 2009 artikel Jana Herba Enterprise telah keluar di Harian Metro dengan Pengasasnya Pn. Norliza telah memberi pelbagai kenyataan tentang kaedah pengwapan Herba dan hala tuju syarikat.


Strategi promosi syarikat 

1. Promosi dan Jualan melalui internet

2. Mengwar-warkan bidang/kaedah pengwapan herba di akhbar-akhbar tempatan

3. mengiklankan produk-produk di akhbar dan majalah tempatan


dalam masa yang sama segala jualan (melalui internet dan telefon) yang diterima oleh Jana Herba akan di agihkan kepada pengedar dan stokis yang berdaftar dengan Jana Herba Enterprise.


Contohnya panggilan pembeli dari Kuantan maka kami akan mengesyorkannya membeli di pengedar yang berhampiran. Jika tiada pengedar di kawasan tersebut maka kami akan mengesyorkannya untuk menjadi pengedar. 


Jika pembeli ingin membeli dengan Jana Herba secara terus maka harganya adalah lebih sedikit. Ini kerana kami menggalakkan mereka berurusan terus kepengedar. Ini adalah salah satu cara kami membantu pengedar kami untuk terus berkembang.


Untuk ketarangan lanjut bolehlah berhubung terus:


Ahmad Tarmizi bin Zaid

Pengurus bahagian Jualan dan Promosi

Jana Herba Enterprise

Tel: 012-6963987

email: mizzy2bizzy@gmail.com

website: http://janaherba.blogspot.com


|