Pusat Terapi Janaherba berfungsi sebagai Pusat sehenti Janaherba.
Isnin, November 19, 2012 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid
Selama hampir 5 tahun berniaga melalui online dan pengedar, Janaherba melalui produknya yang enovatif telah banyak membantu para pengguna kearah kehidupan yang lebih sihat. Pelanggan-pelanggan kami bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan SIngapura malah terdapat juga pembeli dari negara Amerika Syarikat dan Belanda. Dengan jumlah pengguna yang semakin meningkat menguatkan lagi iltizam Janaherba untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Dalam tempoh waktu tersebut ramai juga para pengguna yang ingin melihat sendiri dan membelek-belek untuk menyakinkan mereka sebelum membelinya. Mereka biasanya akan melihat rupanya dan menilai kualiti buatannya dahulu. Almaklumlah harganya pun bukanlah murah. Biasanya pihak Janaherba akan menyuruh mereka merujuk kepada pengedar kami yang paling hampir dengan tempat mereka. Disitu mereka bolehlah menilai dan jika berkenan bolehlah membelinya kerana harga adalah sama dengan kami. Kini, untuk memberi perhkidmatan yang lebih baik lagi pihak kami telah membuka Pusat Terapi Janaherba.
Pusat Terapi Janaherba berfungsi sebagai Pusat sehenti. Terdapat bilik pameran yang mana pengguna boleh membelek dan menilai sendiri fungsi dan rasionalnya setiap rekaan kami dan kenapa setiap produk diberi jaminan yang begitu lama. Bukan itu saja, pengguna boleh merasai sendiri keberkesanan produk Janaherba seperti mandi wap herba, sesi bertangas dan bertungku refleksologi. Pusat terapi Janaherba telah menyediakan bilik-bilik untuk lelaki dan wanita (berasingan) untuk merasai kehebatan mandiwap wap herba dalam kabin kayu, bertangas dan refleksologi. Semuanya dikenakan cas dengan kadar yang paling bersesuaian. Apabila pengguna ingin mandi wap, pertama sekali dia akan disuruh minum segelas air. Sementara kami merebus ramuan, pelanggan disuruh menukar pakaian dengan kain yang disediakan (bagi wanita) atau seluar pendek (bagi lelaki). Kemudian mereka bolehlah membasahkan badan dibilik Shower yang disediakan. Kemudian barulah masuk kekabin untuk sesi mandi wap herba. Selepas mandi wap atau bertangas, pelanggan akan diberi tuala untuk lap badan dan segelas lagi air. Mereka dilarang mandi untuk tempoh 2 jam. Pusat Terapi Janaherba terletak di Bukit Beruntung iaitu No. 15, Jalan Jejarum 2B/3, Bukit Beruntung (BB9), 48300 Rawang, Selangor. Jika anda dari selatan tanahair dan melalui lebuhraya PLUS selepas melepasi tol Rawang masuklah tol Bukit Beruntung dan jika anda dari Utara tanahair selepas melepasi tol Bukit Tagar masuklah tol Bukit Beruntung. Bila sampai pasaraya TESCO (bukan pusat pengedaran TESCO) menghadap pintu utama toleh kiri pada jalan yang anda berada dan 100 meter dari situ ada simpang tiga. Dari sana anda sudah boleh nampak signboard yang besar Pusat Terapi Janaherba di kawasan kilang diseberang longkang besar. Pusat Terapi Janaherba beroperasi 7 hari seminggu dari pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Wanita dari Isnin hingga Ahad dan Lelaki dari Sabtu hingga Ahad. Kepada semua, saya Ahmad Tarmizi bin Zaid, pengururs bahagian jualan dan promosi dengan rasa rendah diri menjemput semua para pengguna ke Pusat Terapi Janaherba dan rasai sendiri kehebatan sesi mandiwap herba dalam kabin kayu, bertangas dan bertungku refleksologi.
|