Kenapa perlu memakai Kain sarong tangas ketika bertangas?
Khamis, November 06, 2008 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid




Ketika bertangas anda duduk diatas Bangku Bertangas. Wap herba yang keluar kebanyakannya keluar dari lubang besar selebihnya dari lubang-lubang yang kecil. Selagi anda memakai Kain Sarong Tangas anda tidak perlu risau tentang pembaziran wap herba. Ini kerana semua wap herba akan dirangkumi oleh Kain Sarong Tangas dan badan anda akan mendapat faedahnya. Itulah sebabnya Kain Sarong Tangas sangat perlu ketika bertangas.

Anda mungkin membandingkan dengan kain pelikat atau kain batik. Kedua-dua kain tersebut sangat kecil jika dibandingkan dengan kain Sarong Tangas Jana Herba. Ketika anda duduk diatas bangku tangas kaki anda sedikit membengkok oleh itu kain pelikat atau kain batik tidak dapat melitupi bangku tangas tersebut. Satu lagi masalah, jika memakai kain pelikat atau kain batik bau wap herba tersebut susah hilang walaupun selepas 3 kali dibasuh. 

Kain Sarong tangas Jana Herba juga dilengkapi dengan tali pencerut mudah ubah. Ini membolehkan anda memakainya pada paras pinggang seperti kain telekong atau paras leher seperti berselubung. Cuma ubahkan tali pencerutnya pada kedudukan yang selesa dan anda boleh bertangas tanpa perkara yang merimaskan.

Selamat mencuba...
|
This entry was posted on Khamis, November 06, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.