Kebaikan Kabin Mandi wap herba keluaran Jana Herba
Khamis, Mei 21, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid

Terdapat banyak produk mandi wap/sauna yang berada dipasaran sekarang ini. Hinggakan ianya menimbulkan kekeliruan untuk memilih yang mana terbaik.

Disini kami ingin menerangkan kenapa anda harus memilih Kabin Mandi Wap keluaran Jana Herba Enterprise.
  • Ianya diperbuat daripada kayu balau yang tahan air dan haba. Kayu balau adalah specis yang kuat sama seperti kayu cengal yang digunakan untuk membuat badan kapal dan lori.
  • Kabin Mandiwap Herba untuk digunakan dengan herba berbanding sauna batu panas maupun sauna FIR. Ini adalah kerana kita menghendakkan kebaikan herba itu untuk digunakan oleh badan.
  • Tidak diperbuat daripada bahan plastik samada canvas plastik atau kain plastik kerana bahan plastik akan membebaskan bahan kimia sianida (yang sangat bahaya kepada badan) apabila dipanaskan.
  • Tidak di cat kerana cat juga akan membebaskan unsur-unsur kimia apabila dipanaskan. lagipun  kegunaan cat adalah untuk melindungi kayu tersebut daripada rosak, manakala kabin mandiwap herba keluaran Jana Herba diperbuat daripada specis kayu yang kuat dan tidak perlu dilindungi oleh cat.
  • Hanya mempunyai satu pintu yang boleh dilipat, senang dikendalikan walaupun oleh orang yang mandi wap itu sendiri.
  • Mempunyai roda dibelakang untuk disorong/dialihkan kemana saja. Anda boleh mandi wap dimana saja samada didapur, bilik air, bilik stor maupun diruang tamu. 
  • Ianya mempunyai takung dibahagian bawah yang boleh menakung lebihan air dan peluh. Anda cuma keluarkan takung dan basuh apabila selesai menggunakannya.
  • Semua hos dan takung air diperbuat daripada besi 'stainless steel' yang kuat dan tahan karat.
  • Harganya yang sangat berdaya saing. Anda boleh bandingkan harganya dengan produk lain yang berada dipasaran.
  • Melainkan anda bandingkan dengan produk sauna FIR, kabin kami mungkin sedikit lebih. Ini kerana sauna FIR diperbuat daripada kayu cedar yang mana ketahanannya daripada air tidak sekuat kayu balau. memangpun kerana ianya tidak perlu dibasuh kerana wayar-wayar FIR akan terkena air jika dibasuh manakala Kabin Jana Herba boleh dibasuh, disental dan dipancit dengan pancitan air yang kuat tanpa risau akan ketahanannya.
  • Jaminan Kilangnya 5 tahun adalah menggambarkan ketahanan produk ini dan keyakinan pihak Jana Herba.
  • Produk Kabin Jana Herba adalah berkonsepkan pasang siap oleh pembeli (seperti produk IKEA) dan dibekalkan denga perkakasan untuk memasangnya. Ini mudahkan pengguna untuk merancang samada menngunakannya, menyimpan atau pindah rumah.

Diharapkan anda dapat membuat pemilihan yang bijak untuk kegunaan berpanjangan...

Untuk ketarangan lanjut bolehlah berhubung terus:

Ahmad Tarmizi bin Zaid
Pengurus bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
Tel: 012-6963987
email: mizzy2bizzy@gmail.com
website: http://janaherba.blogspot.com


|
Kabin Mandi Wap Herba - penjagaan total untuk tubuh badan
Ahad, Mei 17, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid









Kabin Mandi Wap Herba - penjagaan total untuk tubuh badan

SEJAK lebih 200 tahun lalu masyarakat Melayu mengamalkan kaedah mandi wap herba sebagai rawatan kesihatan dan kecantikan. Kaedah ini masih diamalkan walaupun pelbagai cara rawatan kecantikan moden memonopoli pasaran tempatan. Ianya juga adalah altenatif yang sangat popular diseluruh dunia untuk menyihat dan menyegarkan badan dan mempunyai sejarah ribuan tahun kerana kebaikannya telah terbukti.

Kabin Mandi Wap Herba keluaran Jana Herba Enterprise sangat sesuai untuk tujuan ini. Ianya dibuat dari spesis kayu hutan yang tahan air dan sangat kuat serta lasak. Kabin ini  senang digunakan walaupun dengan seorang pengendali dan boleh dibasuh apabila lepas menggunakannya. Kabin mandiwap didatangkan dengan pot herba elektrik dan takungan air, oleh itu ia boleh digunakan dimana-mana saja.


Anda boleh menggunakan Ramuan Samporna untuk ramuan asas mandi wap dan dicampurkan dengan herba lain seperti Mengkudu, senduduk, bonglai, kayu balik angin, sembong dan lain lain untuk tujuan kesegaran atau dicampur dengan gaharu, cendana, cengkih dan 5 jenis bunga yang wangi untuk tujuan haruman badan (mandi bunga).


Lakukan mandian wap herba selama 20 hingga 30 minit setiap kali. Minum air secukupnya sebelum dan selepas mandi wap. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan. Tidak perlu mandi selepas mandi wap. Tiga kali seminggu untuk keputusan yang total. Anda akan berasa segar dan 'ringan' sepanjang hari selepas mandi wap. 


Untuk tujuan mengurangkan berat badan lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10 ke 20 minit lagi . Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya. 



Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Ahmad Tarmizi bin Zaid

Pengurus bahagian Jualan dan Promosi

Jana Herba Enterprise

H/p: 012-6963987

email: mizzy2bizzy@gmail.com

website: janaherba.blogspot.com


|