5 tahun jaminan pengilang untuk produk berasas kayu
Ahad, Oktober 12, 2008 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid
Produk berasas kayu keluaran Jana Herba Enterprise seperti Set Lengkap Bertangas, Alas Kaki Bertungku, Alas Duduk Set Tangas dan Kabin Mandi Wap Herba adalah dibuat daripada jenis kayu yang tahan air dan tahan haba. Ianya digunakan dengan tujuan supaya produk-produk Jana Herba boleh digunakan untuk tempoh yang lama dan tak salah jika dikatakan untuk digunakan dari generasi ke generasi yang akan datang.

Memang menjadi sifat kayu kekadang ianya terdapat keretakan kecil (hairline crack) pada urat-urat kayu yang dibekalkan oleh pembekal dan ini amat difahami oleh pembekal dan pihak Jana Herba sendiri. Kerana setiap keretakan telah dikenalpasti maka kami memberi jaminan bahawa keretakan tersebut tidak akan mengakibatkan produk tersebut menjadi pecah (berikutan ini adalah sifat kayu).

Untuk meyakinkan lagi para pengguna, pihak kami memberi jaminan 5 tahun terhadap produk kayu yang dijual yang mana jika mana-mana keretakan membawa kepada pecahnya produk tersebut pihak Jana Herba akan memperbaikinya tanpa kos (tidak termasuk kos penghantaran - courier cost).

Selain daripada itu kayu yang digunakan adalah jenis yang lasak. Anda boleh basuh, berus atau sental produk kayu tersebut dengan sabun atau lain- lain pencuci tanpa perlu risau yang kayu tersebut akan reput. Selepas dibasuh letaklah ditepi dan biarkan selama 30 minit dan ianya akan kering sendiri.

Harapan kami semoga anda semua mendapat manfaat daripada produk Jana Herba dan gunakanlah tanpa ragu-ragu.

Sekian terima kasih

Wassalam

Ahmad Tarmizi
(Pengurus bahagian Jualan dan Promosi)
Jana Herba Enterprise
H/p: 012-6963 987

|
Alas kaki bertungku - keluaran terbaru janaherba
Khamis, Oktober 09, 2008 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid
Alas kaki bertungku adala inovasi daripada cara tradisional orang melayu untuk membuang angin dari badan, mengurangkan bengkak-bengkak badan dan melancarkan peredaran darah. Ianya diperbuat daripada kayu yang tahan panas dan tahan air. Alat ini direka untuk digunakan bersama batu sungai untuk tujuan bertungku.
















Caranya
1. Untuk digunakan sebagai alas kaki ketika bertangas. Saiznya yang agak besar membolehkan 
2 orang menggunakannya dalam sesuatu masa.
2. Jika ingin digunakan bersama batu tungku. panaskanlah dulu batu sungai tersebut (sehingga menjadi merah sebahagiannya) dan letakkan seperti dalam gambar. Tunggu kepanasan yang sesuai dan pijaklah diatas batu tersebut.














3. Batu sungai yang disertakan boleh juga digunakan untuk bertungku. Panaskan batu seperti
biasa. Balut dengan daun herba tolak angin (belian berasingan). Sebelumnya daun tersebut disapu dulu dengan minyak herba urutan (belian berasingan). Apabila batu telah dibalut dengan daun, bungkus dengan kain yang disertakan dan diikatkan diperut atau bahagian yang bengkak (sangat baik untuk ibu-ibu yang lepas bersalin dan mereka yang terseliuh)
|