Set Sauna Mudahalih yang memudahkan
Isnin, Disember 21, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid

Apa saja produk yang memudahkan atau menyenangkan pengguna pasti akan mendapat sambutan. Apa saja...contohnya kereta 50an dan kereta alaf baru pasti berbeza dari segi kemudahan pengendalian dan kesenangan kepada pengguna. Itu sebabnya keluaran kereta baru pasti mendapat sambutan.

Begitu juga halnya dengan produk terbaru Jana Herba iaitu Set Sauna Mudahalih. Ia direka untuk kemudahan dan kesenangan pengguna. Disamping itu kekuatan dan ketahanan juga diambilkira.

Cuba lihat ketarangan gambar dibawah:

1. Set Sauna apabila dilipat dan sedia untuk disimpan atau digunakan. Saiznya yang kompak memudahkannya untuk digunakan atau disimpan. Ruang juga dapat dijimatkan
2. Apabila ianya dibuka dan Pot herba elektrik siap dipasang.
3. Kain kabinnya telahpun dipasang dan sedia untuk digunakan. Masukkan ramuan herba didalam periuk yang berisi 3/4 air. Tekan suis dan tunggu sehingga wap herba memenuhi ruang kabin.
4. Saiznya yang compak dan ketahanannya yang dijamin membolehkan siapa saja menggunakan Set Sauna ini.

Mulakan bersauna hari ini dan nikmati kesegaran badan sepanjang hidup anda
|
Set Sauna Mudahalih/portable sauna tent - Harga Pengenalan/Promosi
Isnin, Disember 21, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid


Jana Herba baru saja melancarkan produk terbarunya iaitu Set Sauna Mudahalih. Harga yang di tetapkan untuk produk ini ialah RM799 satu set.

Harga ini telah difikirkan amat sesuai setelah diambil kira kos bahan, upah, untung dan keupayaan pengguna untuk membelinya . Kami tidak mahu memikirkan tentang kos bahan dan upah yang sentiasa maningkat tetapi kami jamin harga ini akan bertahan sehingga Jun 2010. Setiap pembelian produk ini akan di beri percuma 5 peket ramuan herba sauna untuk 5 kali kegunaan.

Bukan itu saja, sempena tempoh Jualan Pengenalan ini iaitu sehingga 31 Januari 2010, setiap pembelian akan dihadiahkan alas kaki yang diperbuat daripada kayu balau yang mana produk ini jika disertakan batu tungku dan kain pembalut tungku ianya berharga RM115.00 (rujuk artikel : Alas Kaki Bertungku)

Kepada mereka yang ingin memiliki produk ini bolehlah menempahnya sekarang dengan menghubungi :

Ahmad Tarmizi bin Zaid
Pengurus bahagian Jualan dan Promosi
tel: 012-6963987
email: janaherba@gmail.com
website: http://janaherba.blogspot.com
|
Set Sauna Mudahalih (Portable Sauna Tent), Produk terbaru Jana Herba
Isnin, Disember 21, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid


Apabila pihak Jana Herba mengeluarkan Kabin Mandi Wap Herba sedikit waktu dulu, ramai pengguna telah mengambil kesempatan untuk memilikinya dan rata-rata mereka adalah para pengusaha Spa dan mereka yang mempunyai ruang yang lebih di kediaman mereka.

Bagaimana para pengguna lain? mereka juga ingin memiliki sauna sendiri dan dalam masa yang sama memikirkan tentang kos dan ruang yang digunakan.

Setelah berusaha sekian lama dan memikirkan bagaimana mandi wap boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan pengguna maka muncullah Set Sauna Mudahalih atau Portable Sauna Tent, produk terbaru keluaran Jana Herba Enterprise.

Antara kebaikan yang ketara:

1. Set sauna ini diperbuat daripada kayu balau merah dan putih yang memang terbukti ketahanannya daripada haba dan air
2. Tidak menggunakan kanvas plastik atau kain nylon yang memudaratkan sebaliknya kabin diperbuat daripada kain kapas.
3. Cukup mudah di pasang walaupun oleh wanita kerana hanya menggunakan allan key.
4. Lepas dipakai boleh dibuka, lipat dan simpan
5. Kain yang mudah ditanggalkan dan boleh dicuci
6. dibekalkan dengan Pot Herba Elektrik 700watt, amat sesuai dengan keluasan kabin
7. Menjadi altenatif yang sangat baik kepada mereka yang tidak dapat memiliki Kabin Mandi Wap Herba kerana manfaat yang sama dengan kos yang kurang
8. Perkhidmatan lepas jualan yang terjamin kerana dikeluarkan oleh syarikat di Malaysia.

Apa yang penting kepada Jana Herba adalah manfaat kepada pengguna. Jika mementingkan keuntungan adalah lebih untung mengimpot terus daripada negara China (P.R.C.) ataupun dibuat daripada bahan plastik yang lebih murah.

Tetapi di Janaherba keuntungan adalah no.2. Apa yang lebih utama adalah manfaat kepada pengguna. Jika produk tersebut benar benar memberi manfaat dan kebaikan insyaallah keuntungan akan datang juga.

Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat...
|
Panduan Pengguna
Rabu, Oktober 28, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid
Panduan penggunaan Kabin mandiwap herba
Keadaan kabin mandiwap herba apabila anda duduk didalamnya

|
Produk Jana Herba di majalah MIDI keluaran karangkraf
Selasa, Oktober 20, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid

Produk Jana Herba telah semakin mendapat perhatian awam. Ini adalah kerana konsep pengwapan herba yang diperkenalkan semakin menjadi pilihan masyarakat. Umum mengetahui bahawa cara ini adalah cara yang paling selamat berbanding kaedah pengambilan herba melalui pemakanan ataupun minuman.


Dalam majalah MIDI keluaran 15 Oktober 2009, dua produk keluaran Jana Herba iaitu Set Lengkap Bertangas dan juga Kabin Mandi Wap Herba telah mendapat liputan yang luas iatu sebanyak 2 mukasurat. Pengasas Jana Herba Enterprise iaitu Puan Norliza telah memberi pelbagai panduan tentang penggunaan dan manfaat menggunakan produk keluaran Jana Herba.


Sebenarnya peranan Jana Herba hanyalah memudahkan kaedah kepenggunaan herba kerana kaedah ini sebenarnya telah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu cuma caranya saja yang rumit membuatkan kaedah yang banyak memberi manfaat ini semakin dipinggirkan. Bayangkan untuk bertangas cara lama contohnya, anda terpaksa menyediakan bangku yang dilobangkan, tikar mengkuang, periuk tanah, batu sungai yang sesuai dan ramuannya yang terpaksa dicari keliling kampung dan hutan. Kini dengan Set Lengkap Bertangas keluaran Jana Herba semuanya telah sedia ada (complete set) siap dengan ramuannya sekali. Juga alas duduknya (berlubang seperti tandas) boleh diganti kepada yang lebih besar (belian berasingan) untuk mereka yang bersaiz besar.


Begitu juga kabin mandi wap yang diperbuat daripada kayu balau putih yang dapat memberi pilihan kepada mereka yang tidak mahu menggunakan kabin mandi wap kanvas plastik yang terbukti merbahaya kepada kesihatan walaupun harganya murah.


Kesihatan membawa kesejahteraan, oleh itu kita tidak sepatutnya berkompromi dalam hal penjagaan kesihatan. Pilihlah produk yang mementingkan kesihatan bukan yang mementingkan keuntungan semata-mata.


Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi:

Ahmad Tarmizi bin Zaid

Pengurus bahagian Jualan dan Promosi

Jana Herba Enterprise

Tel: 012-6963987

email: janaherba@gmail.com

website: http://janaherba.blogspot.com


|
Pelaburan kesihatan untuk seisi keluarga
Ahad, Oktober 18, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid

Bila bercakap tentang pelaburan ia adalah untuk masa depan. Tidak kira samada kita melabur dalam bidang harta/saham, pengetahuan/pendidikan ataupun kesihatan/kesejahtaraan. 

Melabur dalam kesihatan untuk kesejahteraan, cuba kita lihat kaedah ini untuk 10 tahun:

- Untuk seorang = RM 0.45 sehari

- Untuk dua orang = RM0.25 sehari

- Untuk lima orang = RM0.09 sehari


menakjubkan!


Membeli seunit Kabin Mandi Wap Herba keluaran Janaherba adalah seperti melabur demi masa depan untuk kesihatan dan kesejahteraan seisi keluarga.


Dengan harganya yang berdaya saing iaitu RM1680 anda mendapat satu set lengkap Kabin Mandi Wap Herba kerana ia disertakan sekali dengan 

- Kabin yang diperbuat daripada kayu balau putih yang amat sesuai untuk kabin mandi wap yang telah diberi waranti kilang selama 5 tahun

- Pot Herba Elektrik yang berkuasa 700watt sangat sesuai dengan keluasan kabin

- Takung dan hos yang diperbuat daripada besi tahan karat (Stainless Steel)

- Siap dengan roda dibelakangnya memudahkan anda menyorong (mudahalih)

- Digunakan dengan ramuan mandiwap herba:

- ramuan umum (kesegaran)

- ramuan khas buang toksid

- ramuan khas mandi bunga (baik untuk bakal pengantin)

- ramuan khas lepas bersalin 

- ramuan khas untuk minda (baik untuk para pelajar)

- kiraan diatas hanya untuk 10 tahun tapi dengan pemakaiannya yang berhemah jangkahayat kabin mandiwap ini jauh lebih daripada itu.

- jika ingin berniaga anda juga boleh kenakan bayaran kepada sesiapa yang berhajat untuk mandiwap antara RM35 ke RM50 satu sesi.

- Sesiapa yang biasa dengan kabin mandiwap kanvas plastik yang banyak terdapat dipasaran anda akan merasai perbezaan yang ketara apabila mandi dengan kabin mandi wap herba keluaran Jana Herba.

- Kabin ini juga boleh menggunakan batu panas seperti sauna di Eropah dengan menggunakan batu sungai yang boleh dibeli di Jana Herba (belian berasingan) 

- fikirkan kos yang tinggi apabila anda didapati menghadapi darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, kolesterol tinggi, gout dan pelbagai penyakit kronik yang semua itu sepatutnya dapat dielakkan dengan rutin kesihatan yang baik (mandi wap)


Saya percaya dan yakin bahawa anda akan mendapat faedah kesihatan yang banyak apabila dapat membuat keputusan untuk masa depan yang tepat.


Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi:

Ahmad Tarmizi bin Zaid

Pengurus bahagian Jualan dan Promosi

Jana Herba Enterprise

Tel: 012-6963987

email: mizzy2bizzy@gmail.com

website: http://janaherba.blogspot.com



|
Set Tangas telah melalui proses modenisasi
Khamis, Jun 11, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid


Kaedah bertangas telah sinonim dengan masyarakat Melayu sejak sekian lama. Keberkesanannya telah terbukti dan manfaatnya dinikmati menjadikan ianya kaedah yang dapat bertahan sehingga sekarang.


Kaedah bertangas dahulu adalah suatu kaedah yang rumit untuk disediakan memandangkan ianya terdiri daripada pelbagai barangan yang tidak seragam seperti tikar mengkuang. bangku yang berlubang, periuk tanah dan ramuan yang terpaksa dicari keliling kampung apabila hendak menggunakannya.


Seperti yang dapat dilihat pada gambarajah diatas, kaedah bertangas memerlukan bangku yang ditebuk bentuk bulat ditengahnya kemudian diletakkan periuk tanah yang telah siap ramuannya (telah dipanaskan) dan duduk diatas bangku tersebut dan badan dibungkus dengan tikar mengkuang. kekurangan kaedah ini, wap herba banyak terbazir dan lubang yang bulat yang memaksa pengguna sentiasa menyesuaikan punggung untuk penyerapan wap herba.


Di Jana Herba kaedah bertangas menjadi lebih senang, praktikal dan menyeronokkan.


Perhatikan pada lubang yang telah di tebuk begitu rupa. Sekali imbas ia mirip lubang tandas, tetapi ianya berbeza. Ada dua bahagian pada lubang tersebut iaitu yang besar dan kecil. Bahagian besar adalah untuk depan kita dan bahagian kecil adalah untuk belakang. Perhatikan bahagian tengah lubang (antara perjumpaan lubang kecil dan besar) terdapat lengkungan potongan. Ianya direka khas untuk menampung tulang punggung kita semasa duduk. Oleh itu bahagian depan mendapat 65% dan bahagian belakang 35% wap panas herba.


Pintunya dibuka dibahagian depan dan kebawah supaya senang pengguna mengendalikannya sendiri urusan bertangas dan boleh dikendalikan semasa duduk. Periuk tanah disertakan dengan batu sungai sekali untuk memberi pilihan kepada pengguna samada menggunakan kaedah tangas basah atau kering.


Lubang dikiri kanan set tangas adalah supaya mudah mengangkat dan mengalihkan set tersebut, maklumlah beratnya saja set tangas tersebut 10kg kerana ia diperbuat daripada kayu yang kuat dan tahan daripada air dan haba.


Apabila bertangas gunakanlah Kain Sarung Tangas keluaran Jana Herba. Kain ini bersaiz besar dan boleh melitupi keseluruh set tangas dan badan apabila duduk diatasnya, manakala kain pelikat atau kain batik tidak dapat menutupi bangku tangas apabila kita pakai dan duduk diatasnya. Kain Sarung Tangas keluaran Jana Herba juga disertakan dengan tali pencerut dan ianya memberi pilihan samada anda hendak memakainya pada paras leher atau pinggang.


Apabila Jana Herba merekacipta sesuatu, ia dipastikan supaya memberi manfaat dan kemudahan kepada pengguna. 


Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi:

Ahmad Tarmizi bin Zaid

Pengurus bahagian Jualan dan Promosi

Jana Herba Enterprise

Tel: 012-6963987

email: mizzy2bizzy@gmail.com

website: http://janaherba.blogspot.com


|
Jana Herba di Harian Metro
Khamis, Jun 04, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid

Jana Herba pelopor bidang pengwapan herba di Malaysia meneruskan langkah ke kehadapan dengan mengwar-warkan bidang pengwapan herba ini  di akhbar-akhbar tempatan.


Oleh itu pada 2 Jun 2009 artikel Jana Herba Enterprise telah keluar di Harian Metro dengan Pengasasnya Pn. Norliza telah memberi pelbagai kenyataan tentang kaedah pengwapan Herba dan hala tuju syarikat.


Strategi promosi syarikat 

1. Promosi dan Jualan melalui internet

2. Mengwar-warkan bidang/kaedah pengwapan herba di akhbar-akhbar tempatan

3. mengiklankan produk-produk di akhbar dan majalah tempatan


dalam masa yang sama segala jualan (melalui internet dan telefon) yang diterima oleh Jana Herba akan di agihkan kepada pengedar dan stokis yang berdaftar dengan Jana Herba Enterprise.


Contohnya panggilan pembeli dari Kuantan maka kami akan mengesyorkannya membeli di pengedar yang berhampiran. Jika tiada pengedar di kawasan tersebut maka kami akan mengesyorkannya untuk menjadi pengedar. 


Jika pembeli ingin membeli dengan Jana Herba secara terus maka harganya adalah lebih sedikit. Ini kerana kami menggalakkan mereka berurusan terus kepengedar. Ini adalah salah satu cara kami membantu pengedar kami untuk terus berkembang.


Untuk ketarangan lanjut bolehlah berhubung terus:


Ahmad Tarmizi bin Zaid

Pengurus bahagian Jualan dan Promosi

Jana Herba Enterprise

Tel: 012-6963987

email: mizzy2bizzy@gmail.com

website: http://janaherba.blogspot.com


|
Kebaikan Kabin Mandi wap herba keluaran Jana Herba
Khamis, Mei 21, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid

Terdapat banyak produk mandi wap/sauna yang berada dipasaran sekarang ini. Hinggakan ianya menimbulkan kekeliruan untuk memilih yang mana terbaik.

Disini kami ingin menerangkan kenapa anda harus memilih Kabin Mandi Wap keluaran Jana Herba Enterprise.
  • Ianya diperbuat daripada kayu balau yang tahan air dan haba. Kayu balau adalah specis yang kuat sama seperti kayu cengal yang digunakan untuk membuat badan kapal dan lori.
  • Kabin Mandiwap Herba untuk digunakan dengan herba berbanding sauna batu panas maupun sauna FIR. Ini adalah kerana kita menghendakkan kebaikan herba itu untuk digunakan oleh badan.
  • Tidak diperbuat daripada bahan plastik samada canvas plastik atau kain plastik kerana bahan plastik akan membebaskan bahan kimia sianida (yang sangat bahaya kepada badan) apabila dipanaskan.
  • Tidak di cat kerana cat juga akan membebaskan unsur-unsur kimia apabila dipanaskan. lagipun  kegunaan cat adalah untuk melindungi kayu tersebut daripada rosak, manakala kabin mandiwap herba keluaran Jana Herba diperbuat daripada specis kayu yang kuat dan tidak perlu dilindungi oleh cat.
  • Hanya mempunyai satu pintu yang boleh dilipat, senang dikendalikan walaupun oleh orang yang mandi wap itu sendiri.
  • Mempunyai roda dibelakang untuk disorong/dialihkan kemana saja. Anda boleh mandi wap dimana saja samada didapur, bilik air, bilik stor maupun diruang tamu. 
  • Ianya mempunyai takung dibahagian bawah yang boleh menakung lebihan air dan peluh. Anda cuma keluarkan takung dan basuh apabila selesai menggunakannya.
  • Semua hos dan takung air diperbuat daripada besi 'stainless steel' yang kuat dan tahan karat.
  • Harganya yang sangat berdaya saing. Anda boleh bandingkan harganya dengan produk lain yang berada dipasaran.
  • Melainkan anda bandingkan dengan produk sauna FIR, kabin kami mungkin sedikit lebih. Ini kerana sauna FIR diperbuat daripada kayu cedar yang mana ketahanannya daripada air tidak sekuat kayu balau. memangpun kerana ianya tidak perlu dibasuh kerana wayar-wayar FIR akan terkena air jika dibasuh manakala Kabin Jana Herba boleh dibasuh, disental dan dipancit dengan pancitan air yang kuat tanpa risau akan ketahanannya.
  • Jaminan Kilangnya 5 tahun adalah menggambarkan ketahanan produk ini dan keyakinan pihak Jana Herba.
  • Produk Kabin Jana Herba adalah berkonsepkan pasang siap oleh pembeli (seperti produk IKEA) dan dibekalkan denga perkakasan untuk memasangnya. Ini mudahkan pengguna untuk merancang samada menngunakannya, menyimpan atau pindah rumah.

Diharapkan anda dapat membuat pemilihan yang bijak untuk kegunaan berpanjangan...

Untuk ketarangan lanjut bolehlah berhubung terus:

Ahmad Tarmizi bin Zaid
Pengurus bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
Tel: 012-6963987
email: mizzy2bizzy@gmail.com
website: http://janaherba.blogspot.com


|
Kabin Mandi Wap Herba - penjagaan total untuk tubuh badan
Ahad, Mei 17, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid









Kabin Mandi Wap Herba - penjagaan total untuk tubuh badan

SEJAK lebih 200 tahun lalu masyarakat Melayu mengamalkan kaedah mandi wap herba sebagai rawatan kesihatan dan kecantikan. Kaedah ini masih diamalkan walaupun pelbagai cara rawatan kecantikan moden memonopoli pasaran tempatan. Ianya juga adalah altenatif yang sangat popular diseluruh dunia untuk menyihat dan menyegarkan badan dan mempunyai sejarah ribuan tahun kerana kebaikannya telah terbukti.

Kabin Mandi Wap Herba keluaran Jana Herba Enterprise sangat sesuai untuk tujuan ini. Ianya dibuat dari spesis kayu hutan yang tahan air dan sangat kuat serta lasak. Kabin ini  senang digunakan walaupun dengan seorang pengendali dan boleh dibasuh apabila lepas menggunakannya. Kabin mandiwap didatangkan dengan pot herba elektrik dan takungan air, oleh itu ia boleh digunakan dimana-mana saja.


Anda boleh menggunakan Ramuan Samporna untuk ramuan asas mandi wap dan dicampurkan dengan herba lain seperti Mengkudu, senduduk, bonglai, kayu balik angin, sembong dan lain lain untuk tujuan kesegaran atau dicampur dengan gaharu, cendana, cengkih dan 5 jenis bunga yang wangi untuk tujuan haruman badan (mandi bunga).


Lakukan mandian wap herba selama 20 hingga 30 minit setiap kali. Minum air secukupnya sebelum dan selepas mandi wap. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan. Tidak perlu mandi selepas mandi wap. Tiga kali seminggu untuk keputusan yang total. Anda akan berasa segar dan 'ringan' sepanjang hari selepas mandi wap. 


Untuk tujuan mengurangkan berat badan lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10 ke 20 minit lagi . Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya. 



Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Ahmad Tarmizi bin Zaid

Pengurus bahagian Jualan dan Promosi

Jana Herba Enterprise

H/p: 012-6963987

email: mizzy2bizzy@gmail.com

website: janaherba.blogspot.com


|
Ramuan Tangas yang mujarab
Rabu, Februari 04, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid
Anda tahu akan kebaikan bertangas apalagi bila menggunakan Set Lengkap Bertangas daripada Jana Herba Enterprise. Di Jana Herba kami memastikan bahawa segala ramuan bertangas menepati kehendak pelanggan dan memastikan proses penyediaannya bersih dan jauh dari pengaruh air dan udara yang mana jika terdedah kepada elemen tersebut akan menambahkan kelembaban yang boleh menyebabkannya berkulat.

Jana Herba telah mengeluarkan 2 produk ramuan bertangas yang bermutu iaitu Ramuan Tangas Samporna dan Ramuan Tangas Maharani.

Ramuan Tangas Samporna
Ramuan tangas ini diperbuat daripada campuran Halia, Halba dan Habatussauda. Campuran  dengan sukatan yang betul boleh mengeluarkan wap panas yang berkhasiat untuk memecahkan lemak, melancarkan lagi perjalanan darah,
 mengeluarkan toksid dan paling utama dapat menghindarkan sembab. Ramuan ini boleh dipakai oleh sesiapa saja samada lelaki atau pun perempuan. Ramuan ini juga boleh dijadikan bahan asas untuk tujuan mandi wap.

Ramuan Tangas Maharani
Ramuan Maharani adalah daripada adunan rahsia pokok semalu, daun sireh dan halba berperanan mengecutkan rahim dengan cepat, bertindak membersihkan dan mengelakkan daripada jangkitan seperti keputihan, Ramuan ini memang dirumus untuk kegunaan para ibu lepas bersalin dan disyorkan juga untuk mereka yang lepas haid.

Ramuan Tangas dijual pada harga RM18.00 sepeket. Anda hanya perlu menggunakan sebanyak 1/3 bahagian saja, bermakna satu peket boleh dipakai 3 kali iaitu kosnya hanya RM6.00 sekali pakai berbanding sehingga RM50.00 jika bertangas di Spa.

Kepada sesiapa yang berhajat bolehlah memilikinya dengan menghubungi terus ke
Ahmad Tarmizi
Pengurus Bahagian Jualan dan Promosi
h/p: 012-6963987
e-mail:mizzy2bizzy@gmail.com
website: http://janaherba.blogspot.com




|
Alas Duduk Set Bertangas: Saiz yang lebih besar kepada yang memerlukan.
Isnin, Februari 02, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid




Set Lengkap Bertangas telah berjaya menolong orang ramai untuk kehidupan yang lebih ceria. Ramai yang telah memilikinya dan ramai juga yang ingin memilikinya, tetapi kepada sesetengah orang masalah yang timbul ialah Set Lengkap Bertangas yang ada agak kecil bagi mereka dan menyulitkan apabila duduk diatasnya untuk proses bertangas.

Kini jawapan kepada masalah tersebut sudah ada. Alas duduk bangku tangas yang lebih besar telah berada dipasaran dan anda boleh memilikinya hanya dengan RM78.00. Ianya dibuat daripada kayu balau yang kuat dan tahan air. Unit dijual berasingan (opsyenal) dan diberi jaminan 5 tahun. 

Kepada sesiapa yang berhajat bolahlah memilikinya denga menghubungi terus:

Ahmad Tarmizi
Pengurus bahagian jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
H/p: 012-6963987
e-mail: mizzy2bizzy@gmail.com
website: http://janaherba.blogspot.com
|