Bangku tangas yang dihasilkan oleh Jana Herba Enterprise telah banyak dievolusikan oleh pengguna. contohnya mereka telah menggunakan slow cooker selain periuk tanah, juga meninggikan sedikit bangku tangas dengan meletak kotak kayu dibawahnya. Kami tidak pasti apa tujuan dan kegunaannya. Dari satu segi menampakkan para pengguna memang kreatif kerana dapat mempelbagaikan bangku tangas tersebut dan kami juga kagum kerana tak sangka bangku tangas ini banyak fungsinya. Tetapi dari segi lain tidaklah pula kami tahu tentang keberkesanannya, sama ada membawa kebaikan atau keburukan.
Set Lengkap Bertangas yang anda beli sebenarnya telah lengkap dari segala segi. Bangku tangas, periuk tanah, batu sungai dan ramuan yang disediakan cukup sepadan dengan sesi bertangas yang akan dilakukan.
Sebagai contoh sesi tangas basah dilakukan dengan merebus ramuan tangas terus didalam periuk dan apabila telah menggelegak diangkat periuk tanah tersebut dan diletakkan dalam bangku tangas, pakai kain sarung tangas dan bertangas terus. Manakala tangas kering pula menggunakan batu sungai yang telah dibekalkan. Panaskan batu sungai kira kira 20 minit dengan api yang kecil. Angkat batu yang panas tadi dan letakkan dalam periuk lalu dimasukan dalam bangku tangas, pakai kain sarong tangas dan ketika hendak melakukan sesi bertangas taburlah ramuan tangas keatas batu panas tadi dan sertamerta asap herba akan keluar dan bertangaslah dengan asap tersebut. Ketika duduk diatas bangku tangas dengan wap/asap panas yang keluar lakukan latihan kemutan supaya wap tangas dapat masuk ke sistem peranakan. sesi ini dilakukan dalam 15 minit ke 20 minit iaitu sehingga hilang panasnya. Masa15 ke 20 minit amat sesuai dan sudah cukup untuk melengkapkan satu sesi, jika tidak puas bolehlah diulang lagi selepas 10 minit berehat. Anda dinasihatkan untuk minum segelas air setiap kali hendak memulakan sesi tangas.
Penggunaan slow cooker ketika bertangas dirasakan tidak berapa sesuai kerana ianya akan mengeluarkan wap yang berlebihan dengan kepanasan yang berlebihan. Ini dikuatiri akan mendatangkan kecederaan yang lain pula. Lagipun penggunaan ramuan tangas akan lebih manakala yang disyorkan hanya 1/3 sahaja daripada 1 paket.
Mungkin ada yang menggunakan Set Lengkap Bertangas untuk tujuan mandi wap. Kami telah menyedari perkara ini dan dalam kajian yang dilakukan didapati wapnya tidak menyeluruh dan hanya tertumpu pada satu-satu bahagian. Kalau boleh elakkanlah mandi wap menggunakan set tangas dan cuba dapatkan Kabin Mandi Wap Herba atau Set Sauna Mudahalih untuk tujuan mandi wap herba.
Dibawah ini adalah rajah yang menunjukkan bagaimana kedudukan yang betul ketika bertangas.
Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi:
Ahmad Tarmizi bin Zaid
Pengurus bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
Tel: 012-6963987
email: janaherba@gmail.com
web: http://janaherba.blogspot.com
|
This entry was posted on Rabu, September 01, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.