Pusat Terapi Janaherba berfungsi sebagai Pusat sehenti Janaherba.
Isnin, November 19, 2012 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid
Selama hampir 5 tahun berniaga melalui online dan pengedar, Janaherba melalui produknya yang enovatif telah banyak membantu para pengguna kearah kehidupan yang lebih sihat. Pelanggan-pelanggan kami bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan SIngapura malah terdapat juga pembeli dari negara Amerika Syarikat dan Belanda. Dengan jumlah pengguna yang semakin meningkat menguatkan lagi iltizam Janaherba untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Dalam tempoh waktu tersebut ramai juga para pengguna yang ingin melihat sendiri dan membelek-belek untuk menyakinkan mereka sebelum membelinya. Mereka biasanya akan melihat rupanya dan menilai kualiti buatannya dahulu. Almaklumlah harganya pun bukanlah murah. Biasanya pihak Janaherba akan menyuruh mereka merujuk kepada pengedar kami yang paling hampir dengan tempat mereka. Disitu mereka bolehlah menilai dan jika berkenan bolehlah membelinya kerana harga adalah sama dengan kami. Kini, untuk memberi perhkidmatan yang lebih baik lagi pihak kami telah membuka Pusat Terapi Janaherba.
Pusat Terapi Janaherba berfungsi sebagai Pusat sehenti. Terdapat bilik pameran yang mana pengguna boleh membelek dan menilai sendiri fungsi dan rasionalnya setiap rekaan kami dan kenapa setiap produk diberi jaminan yang begitu lama. Bukan itu saja, pengguna boleh merasai sendiri keberkesanan produk Janaherba seperti mandi wap herba, sesi bertangas dan bertungku refleksologi. Pusat terapi Janaherba telah menyediakan bilik-bilik untuk lelaki dan wanita (berasingan) untuk merasai kehebatan mandiwap wap herba dalam kabin kayu, bertangas dan refleksologi. Semuanya dikenakan cas dengan kadar yang paling bersesuaian. Apabila pengguna ingin mandi wap, pertama sekali dia akan disuruh minum segelas air. Sementara kami merebus ramuan, pelanggan disuruh menukar pakaian dengan kain yang disediakan (bagi wanita) atau seluar pendek (bagi lelaki). Kemudian mereka bolehlah membasahkan badan dibilik Shower yang disediakan. Kemudian barulah masuk kekabin untuk sesi mandi wap herba. Selepas mandi wap atau bertangas, pelanggan akan diberi tuala untuk lap badan dan segelas lagi air. Mereka dilarang mandi untuk tempoh 2 jam. Pusat Terapi Janaherba terletak di Bukit Beruntung iaitu No. 15, Jalan Jejarum 2B/3, Bukit Beruntung (BB9), 48300 Rawang, Selangor. Jika anda dari selatan tanahair dan melalui lebuhraya PLUS selepas melepasi tol Rawang masuklah tol Bukit Beruntung dan jika anda dari Utara tanahair selepas melepasi tol Bukit Tagar masuklah tol Bukit Beruntung. Bila sampai pasaraya TESCO (bukan pusat pengedaran TESCO) menghadap pintu utama toleh kiri pada jalan yang anda berada dan 100 meter dari situ ada simpang tiga. Dari sana anda sudah boleh nampak signboard yang besar Pusat Terapi Janaherba di kawasan kilang diseberang longkang besar. Pusat Terapi Janaherba beroperasi 7 hari seminggu dari pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Wanita dari Isnin hingga Ahad dan Lelaki dari Sabtu hingga Ahad. Kepada semua, saya Ahmad Tarmizi bin Zaid, pengururs bahagian jualan dan promosi dengan rasa rendah diri menjemput semua para pengguna ke Pusat Terapi Janaherba dan rasai sendiri kehebatan sesi mandiwap herba dalam kabin kayu, bertangas dan bertungku refleksologi.
|
PENGUMUMAN
Selasa, Jun 28, 2011 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid
Kain Sarong Tangas telah dinaikkan sebelum notis "kenaikan harga" dikeluarkan. Ini kerana kain telah naik mendadak sehingga 45%. Apabila stok baru dihasilkan ianya terpaksa dijual dengan harga baru tidak seperti barangan daripada kayu yang walaupun telah dua kali naik tetapi masih boleh "compromise" dengan menjualnya dengan kuantiti yang banyak, berbanding dengan Kain Sarong Tangas yang permintaannya adalah kurang. Cuma pengumumannya agak lambat dan disekalikan dalam notis tersebut. Oleh itu untuk tawaran sehingga 1 Julai 2011 tidak termasuk Kain Sarong Tangas.

Pihak Janaherba meminta maaf atas kekeliruan dan salah faham yang timbul.

Terima Kasih

Ahmad Tarmizi bin Zaid
Pengurus bahagian Jualan dan Promosi
Janaherba Enterprise
|
Tingkat Tangas - dibuat atas permintaan pelanggan
Selasa, Jun 28, 2011 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid



Seorang pengusaha SPA dari Singapura yang juga pelanggan Janaherba memberitahu bahawa bertangas disana dipanggil berganggang. Kebanyakkan mereka masih suka pakai arang apabila melakukan sesi bertangas/berganggang. Memakai arang ketika bertangas dengan set tangas yang sedia ada menimbulkan sedikit masalah kerana abu dari arang tersebut akan naik keatas. Ini amat merimaskan mereka.

Apabila Janaherba mencipta Set Lengkap Bertangas, ketinggian bangku tangas adalah mengambil kira kadar kepanasan yang sesuai untuk bahagian V. Ketinggian Set tangas tersebut amat sesuai untuk kedua-dua kaedah (tangas basah atau tangas kering). Apabila masalah penggunaan arang timbul janaherba telah mengambil langkah proaktif dengan mengeluarkan produk yang dinamakan Tingkat Tangas.

Walaupun atas permintaan pengguna, Tingkat Tangas bukanlah dikeluarkan dengan tergesa-gesa. Ianya telah melalui R&D yang mana kadar kekuatan produk ini telah dikaji dan dikenalpasti. Tingkat Tangas akan menanggung beban hampir 100kg iaitu berat bangku tangas 10kg dicampur dengan berat pengguna yang pelbagai. Oleh itu kadar kekuatan Tingkat Tangas amat penting supaya ia dapat berfungsi dengan baik dan tahan lama.

Satu lagi keistimewaan Tingkat Tangas ialah ia juga mempunyai pintu seperti bangku tangas jadi ia mudah digunakan oleh pengguna dirumah (sendiri) atau pengusaha Spa (pembantu).
Memulakan sesi bertangas seelok-eloknya ialah apabila kita telah duduk baru dimasukkkan periuk tanah yang mengandungi ramuan herba. Jika menggunakan sendiri (dirumah), pintu TIngkat Tangas dihalakan kedepan supaya pengguna itu sendiri senang memasukkan periuk tanah. Jika bertangas diSpa, pintu TIngkat Tangas dihalakan kebalakang supaya pembantu Spa dapat memasukkan periuk tanah dari belakang, tidak payah melakukannya dicelah kaki pelanggan.

Keseluruhan ketinggian set ini adalah 1' 6" (Tingkat Tangas dan Set Tangas) dan dicipta untuk pelanggan yang menggunakan arang dan mereka yang tidak tahan dengan kepanasan daripada set yang sedia ada. Oleh itu ianya dijual mengikut tempahan. Harga yang diperkenalkan ialah RM210.00. Kepada mereka yang ingin memiliki set ini bolehlah menghubungi:

Ahmad Tarmizi bin Zaid
Pengurus bahagian Jualan dan Promosi
JanaHerba Enterprise
Tel: 012-6963987
e-mail: janaherba@gmail.com
webblog: http://janaherba.blogspot.com
|
Pengumuman
Selasa, Mei 17, 2011 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid
Ketika Kaedah Penguwapan ini mula diterima masyarakat dan mula menampakkan prospek masa hadapan, sesuatu yang biasa tetapi tidak dijangka akan berlaku buat waktu terdekat ini telahpun berlaku.

Kenaikan harga barangan asas seperti kayu (timber), kain dan barangan stailess steel telah naik dengan mendadak. Terutama kayu yang melibatkan 70 peratus bahan asas telah naik dengan ketara. Selama ini pihak syarikat telah mendapatkan khidmat 3 pembekal dan selalu berlegar diantara mereka untuk mendapatkan harga yang terendah pada sesuatu masa, tetapi ianya tidak bertahan lama, kerena "mereka" yang mendominasi pasaran maka terpaksa juga membeli dengan kadar harga semasa.

Paling mengejutkan ialah harga kain yang naik mendadak sehingga 45%. Sebenarnya harga kain telah lama naik keparas tersebut tapi pihak kami telah mendapat harga "special" daripada pengedar yang telah lama dikenali. selepas stok lama habis maka ia terpaksa juga menjual dengan harga semasa. Antara terpaksa dan visi syarikat maka kami terpaksa mengkaji semula harga bagi setiap produk Jana Herba Enterprise. Berikut adalah harga terkini bagi produk Jana Herba Enterprise.

1. Set Lengkap Bertangas - RM325 (kenaikan RM67.00)
2. Kain Sarong Tangas - RM48.00 (kenaikan RM10.00)
3. Ramuan Tangas - RM20.00 (kenaikan RM2.00)
4. Alas Duduk XL - RM118.00 (kenaikan RM30.00)
5. Alas Kaki Bertungku - RM155.00 (kenaikan RM25.00)
6. Tingkat Set Tangas - RM210.00 (produk baru)
7. Kabin Mandi Wap Herba - RM1750.00 (kenaikan RM70.00)
8. Set Sauna Mudahalih - RM958.00 (kenaikan RM70.00)

semua harga diatas tidak termasuk kos pengangkutan. Untuk kos pengangkutan bagi seluruh Semenanjung Malaysia adalah seperti dibawah:

1. Set Lengkap Bertangas RM17.00
2. Kain Sarong Tangas RM9.00*
3. Ramuan Tangas - RM9.00*
4. Alas Duduk Bangku Tangas (XL) - RM9.00*
5. Tingkat Set Tangas - RM14.00
6. Alas Kaki Bertungku - RM9.00*
7. Kabin Mandi Wap Herba - RM90.00
8. Set Sauna Mudahalih - RM60.00
(* RM9.00 untuk 5kg pertama)

Harga baru ini dianggap sebagai situasi menang menang. Menang kepada pengguna dan menang juga kepada kami sebagai pengusaha. Dengan mutu pembuatan yang semakin dipertingkatkan, Jaminan yang diberi dan diperbuat di Malaysia maka ini akan memberi keyakinan yang lebih kepada anda sebagai pengguna. Dengan harga baru ini juga akan menambah komitmen pihak Janaherba dalam memberi perkhidmatan yang lebih efisyen.

Tawaran untuk para pelanggan - ambillah kesempatan ini...

Harga diatas hanya berkuatkuasa pada 1 julai 2011. Oleh itu sesiapa saja yang memesan sebelum tarikh tersebut akan mendapat harga yang lama. Janaherba ingin memberi peluang kepada para pengguna baru untuk mencuba produk dan kaedah yang diperkenalkan oleh Janaherba dengan harga yang lebih murah (harga lama). Bagi para pengedar pula ini adalah masa untuk mereka menambah stok dengan memesan produk pada harga lama dengan sebanyak mungkin dan menjualnya dengan harga baru selepas 1 Julai 2011 nanti.

Pihak Pengurusan Janaherba berharap anda mengambil peluang ini dan hidup sentiasa sihat dengan kaedah pengewapan herba.
|
Penguwapan adalah kaedah paling selamat untuk badan menikmati khasiat herba
Khamis, Disember 23, 2010 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid


Khasiat Herba adalah khasiat dari tumbuh-tumbuhan herba sekitaran yang memberi manfaat untuk badan. Kini Khasiat herba boleh didapati dipasaran dengan mudah dan dalam pelbagai bentuk. Antara yang popular ialah pil tongkat ali, kopi ginseng ,jus mengkudu dan banyak lagi. Ianya mudah diambil dan mengikut citarasa pengguna. Tetapi adakah badan kita benar-benar memerlukan khasiat herba dan jika badan memerlukannya, berapa gramkah yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Seperti yang kita tahu keperluan setiap seorang manusia dalam mengambil khasiat adalah berbeza daripada seorang manusia yang lain. Khasiat yang berlebihan didalam badan akan bertukar menjadi toksid pula.

Anda tentunya ada mendengar tentang pengambilan ubat herba yang salah. Nak kan stamina tengok-tengok dia hentam hempedu kita. Nakkan tahan lama tengok-tengok hentam ginjal kita. Bukan itu saja banyak kes salah guna herba telah menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi, usus membengkak, tindakbalas pada cecair otak dan pelbagai lagi.

Kenapa perkara begini banyak berlaku?

Kebanyakan ubat-ubatan herba yang kita temui dipasaran sekarang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak pihak yang berkenaan (contohnya Biro Pengawalan Fharmaseutikal Kebangsaan - BPFK, MARDI, FRIM). Apa lagi yang diseludup dari luar negeri (Indonesia, Thailand, Rep. China).
Berita dari Rep. China (beberapa tahun lepas) bahawa menteri kesihatannya telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana meluluskan ubat-ubatan herba yang banyak mengandungi racun berjadual untuk pasaran luar termasuk Malaysia.

“aku nak kurus dan cun macam Erra Fazira”

Kebanyakan wanita memang obses tentang kecantikan. Sanggup berhabisan duit untuk beli ubat kurus. Kena 2, 3 kali makan terus pening kepala , berak berak. Akhirnya masuk hospital kerana dihidrasi. Beli krim pemutih untuk cerahkan kulit, kena pula barah kulit.

Kalau kita perhatikan, pengambilan herba terbahagi kepada 3 cara :

1. Secara terus kemulut

2. Sapu kebadan

3. Melalui kaedah Wap

Secara terus kemulut : cara ini yang paling kerap diamalkan, mendapat tindakbalas yang cepat, tetapi ini yang paling berisiko. Setiap ramuan herba yang diambil melalui kaedah ini akan terus keperut dan dari sini akan merebak ke jantung, buah pinggang, hati, hempedu, otak dan lain lain.
Perlu diingat setiap orang adalah berlainan keperluannya. contohnya apabila dia menelan pil herba (100%). Belum tentu badannya memerlukan 100% herba tersebut. Mungkin badannya hanya memerlukan 20% atau 30% sahaja. selebihnya akan menjadi TOKSID. Toksid ini yang menjadi punca penyakit.

Sapuan kebadan : Cara sapuan kebadan boleh dikatakan selamat sikit daripada terus kemulut. contoh produk ini adalah seperti krim dan losyen. Risikonya tetap ada dan banyak menyebabkan radang dan kanser kulit.

Kaedah Penguwapan Herba: Cara ini adalah selamat kerana segala nutrien herba diserapkan kebadan melalui liang roma terus ke saluran darah dan mengalir ke seluruh badan. bahagian dalam badan mendapat manfaat dari nutrien tersebut dan segala toksid akan keluar melalui peluh juga membuang segala sel-sel mati. Apa yang sangat penting ialah kadar pengambilan herba tersebut diambil hanya pada kadar yang diperlukan oleh badan sahaja kerana kulit kita bertindak sebagai penapis. Ini sangat penting kerana tiada bahan yang berlebihan masuk kedalam badan.
|
cara-cara yang betul ketika bertangas.
Rabu, September 01, 2010 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid
Bangku tangas yang dihasilkan oleh Jana Herba Enterprise telah banyak dievolusikan oleh pengguna. contohnya mereka telah menggunakan slow cooker selain periuk tanah, juga meninggikan sedikit bangku tangas dengan meletak kotak kayu dibawahnya. Kami tidak pasti apa tujuan dan kegunaannya. Dari satu segi menampakkan para pengguna memang kreatif kerana dapat mempelbagaikan bangku tangas tersebut dan kami juga kagum kerana tak sangka bangku tangas ini banyak fungsinya. Tetapi dari segi lain tidaklah pula kami tahu tentang keberkesanannya, sama ada membawa kebaikan atau keburukan.

Set Lengkap Bertangas yang anda beli sebenarnya telah lengkap dari segala segi. Bangku tangas, periuk tanah, batu sungai dan ramuan yang disediakan cukup sepadan dengan sesi bertangas yang akan dilakukan.

Sebagai contoh sesi tangas basah dilakukan dengan merebus ramuan tangas terus didalam periuk dan apabila telah menggelegak diangkat periuk tanah tersebut dan diletakkan dalam bangku tangas, pakai kain sarung tangas dan bertangas terus. Manakala tangas kering pula menggunakan batu sungai yang telah dibekalkan. Panaskan batu sungai kira kira 20 minit dengan api yang kecil. Angkat batu yang panas tadi dan letakkan dalam periuk lalu dimasukan dalam bangku tangas, pakai kain sarong tangas dan ketika hendak melakukan sesi bertangas taburlah ramuan tangas keatas batu panas tadi dan sertamerta asap herba akan keluar dan bertangaslah dengan asap tersebut. Ketika duduk diatas bangku tangas dengan wap/asap panas yang keluar lakukan latihan kemutan supaya wap tangas dapat masuk ke sistem peranakan. sesi ini dilakukan dalam 15 minit ke 20 minit iaitu sehingga hilang panasnya. Masa15 ke 20 minit amat sesuai dan sudah cukup untuk melengkapkan satu sesi, jika tidak puas bolehlah diulang lagi selepas 10 minit berehat. Anda dinasihatkan untuk minum segelas air setiap kali hendak memulakan sesi tangas.

Penggunaan slow cooker ketika bertangas dirasakan tidak berapa sesuai kerana ianya akan mengeluarkan wap yang berlebihan dengan kepanasan yang berlebihan. Ini dikuatiri akan mendatangkan kecederaan yang lain pula. Lagipun penggunaan ramuan tangas akan lebih manakala yang disyorkan hanya 1/3 sahaja daripada 1 paket.

Mungkin ada yang menggunakan Set Lengkap Bertangas untuk tujuan mandi wap. Kami telah menyedari perkara ini dan dalam kajian yang dilakukan didapati wapnya tidak menyeluruh dan hanya tertumpu pada satu-satu bahagian. Kalau boleh elakkanlah mandi wap menggunakan set tangas dan cuba dapatkan Kabin Mandi Wap Herba atau Set Sauna Mudahalih untuk tujuan mandi wap herba.

Dibawah ini adalah rajah yang menunjukkan bagaimana kedudukan yang betul ketika bertangas.




Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi:

Ahmad Tarmizi bin Zaid
Pengurus bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
Tel: 012-6963987
email: janaherba@gmail.com
web: http://janaherba.blogspot.com
|
Ahad, Mei 30, 2010 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid
Produk Janaherba telah melalui proses penambahbaikan

Ketika mula-mula memperkenalkan kaedah pengewapan herba 2 tahun lalu, Janaherba memikirkan bagaimana pelanggan boleh memanfaatkan kaedah ini dengan kos yang minima. Jawapannya ialah produk janaherba mestilah dibuat dengan membabitkan kos seminima yang boleh dan kos minima ini bolehlah dimanfaatkan oleh pelanggan.

Selepas 2 tahun pihak janaherba merasakan konsep minimum kan kos haruslah di tukar sedikit kepada lebih menitikberatkan kualiti dan nilai komersil, Hasilnya Janaherba telah membuat beberapa pertukaran dari segi bahan asas, dan teknik pembuatan.

1. Teknik "Screwhide"
Setiap produk janaherba membabitkan dua langkah pembuatan iaitu "glue & screw". Cara ini terbukti berkesan untuk ketahanan produk (kerana itulah produk janaherba diberi jaminan selama 5 tahun). Sekarang pembuatannya lebih kemas dengan skru tidak kelihatan langsung.


2. Corak kayu
Corak kayu telah dipilih kepada yang paling sama padan supaya nampak lebih kemas dan cantik. Ini bermakna kayu yang tidak sama padan haruslah dipotong dan dibuang.


3. Pot herba tidak melekat (non-stick)
Pot herba juga telah ditukar kepada yang tidak melekat berbeza dengan periuk lama yang mana menyebabkan kontener pot herba cepat bocor.


4. Batu sungai yang telah dicanai
Unit yang terdahulu batu sungainya adalah dalam keadaan asal. Sekarang ianya telah dicanai dan berbentuk lebih bulat. Ini membuatkan batu sungai senang dikendalikan dan panas lebih lama.
|
Cara-cara mengguna dan menjaga
Jumaat, Mei 21, 2010 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid
Cara-cara mengguna dan menjaga kabin mandi wap herba
supaya kekal elok dan berfungsi


Ramai yang telah memiliki kabin mandi wap herba berpuas hati dengan fungsi dan manfaatnya dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita. Tetapi ramai juga yang ambil mudah tentang penjagaan Kabin Mandi Wap itu sendiri. Setelah kita memperolehi manfaat yang bukan sedikit daripada kabin ini maka kita haruslah memberi perhatian tentang penjagaannya pula.

Rata-rata yang datang untuk membaiki Kabin Mandi Wap Herba kerana cara pemakaian yang kurang cermat. Dibawah ini dinyatakan cara-cara penggunaan Kabin Mandi Wap yang betul.

Pintu:
Bahagian ini adalah yang paling sensitif bagi setiap mana-mana kabin mandi wap dan haruslah di beri lebih perhatian. Berbeza dengan kabin mandi wap jenama lain yang menggunakan dua daun seperti almari atau satu daun tetapi sukar untuk memasuki kabin, Janaherba telah mereka satu daun pintu yang boleh dilipat keatas. Dengan cara ini memudahkan seorang menggunakannya dengan cara membuka, masuk ke kabin dan menutupnya.
Cuba lihat rajah dibawah



1. Angkat pintu menghala keatas dengan memegang kedua-dua bahagian yang ditunjukkan.
2. Angkat dengan berhati-hati supaya tidak terkepit tangan.
3. Pintu akan terlipat sendiri. Letak berhati- hati dan perlahan seperti dalam rajah 3. Dibahagian belakang dinding Kabin terdapat kayu pemegang yang berperanan menyokong keberatan daun pintu. Letakkan dengan perlahan supaya pintu tidak terhentak yang mana jika terhentak boleh mengakibatkan kayu menjadi pecah.
4. Lebih elok jika rapatkan ke dinding supaya daun pintu kabin dapat disandarkan ke dinding.


Pot herba elektrik:
Herba selalu dimasak dalam pot herba dan selepas 3 kali menggunakannya (dengan herba yang sama), kontenernya haruslah dibasuh untuk mengelakkan kontener menjadi bocor kerana herba adalah berbentuk korosif (menghakis).
Walaupun Pot Herba Elektrik telah di tukar kepada yang lebih elok iaitu tidak melekat (non-stick) tetapi cara penjagaan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan kontenernya menjadi bocor.

Takung Stainless Steel :
Takung juga harus dibuangkan airnya dan di basuh setiap kali selepas mandi wap. Walaupun ianya dibuat dari besi tahan karat (stainless steel). Ini kerana wab herba yang tersisa juga boleh membocorkan takung tersebut jika tidak dijaga rapi.

Tudung Kepala:
Tudung kepala juga harus dibasuh setiap kali selepas mandi wap. Tanggalkan tudung dari pintu kabin, bilas dan kemudian bolehlah dipasang semula.

Roda belakang:
Roda belakang hanya berperanan untuk mengalihkan Kabin ke tempat lain. Selepas Kabin diletakkan ditempat yang dikehendakki, pusingkan roda keatas dan letakkan perlahan-lahan di lantai. Ini bertujuan supaya lantai Kabin menjadi rata berbeza jika kedudukan roda kebawah dan kabin diletakkan kelantai membuatkan lantai kabin menjadi tidak rata. Ini mengakibatkan bebanan roda berlebihan dan boleh merosakkan roda.

Dengan kaedah penjagaan yang di huraikan diatas dapat menjadikan Kabin Mandi Wap
|
Panduan Pengguna
Selasa, Januari 26, 2010 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid
|
Set Sauna Mudahalih yang memudahkan
Isnin, Disember 21, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid

Apa saja produk yang memudahkan atau menyenangkan pengguna pasti akan mendapat sambutan. Apa saja...contohnya kereta 50an dan kereta alaf baru pasti berbeza dari segi kemudahan pengendalian dan kesenangan kepada pengguna. Itu sebabnya keluaran kereta baru pasti mendapat sambutan.

Begitu juga halnya dengan produk terbaru Jana Herba iaitu Set Sauna Mudahalih. Ia direka untuk kemudahan dan kesenangan pengguna. Disamping itu kekuatan dan ketahanan juga diambilkira.

Cuba lihat ketarangan gambar dibawah:

1. Set Sauna apabila dilipat dan sedia untuk disimpan atau digunakan. Saiznya yang kompak memudahkannya untuk digunakan atau disimpan. Ruang juga dapat dijimatkan
2. Apabila ianya dibuka dan Pot herba elektrik siap dipasang.
3. Kain kabinnya telahpun dipasang dan sedia untuk digunakan. Masukkan ramuan herba didalam periuk yang berisi 3/4 air. Tekan suis dan tunggu sehingga wap herba memenuhi ruang kabin.
4. Saiznya yang compak dan ketahanannya yang dijamin membolehkan siapa saja menggunakan Set Sauna ini.

Mulakan bersauna hari ini dan nikmati kesegaran badan sepanjang hidup anda
|