Alas kaki bertungku - keluaran terbaru janaherba
Khamis, Oktober 09, 2008 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid
Alas kaki bertungku adala inovasi daripada cara tradisional orang melayu untuk membuang angin dari badan, mengurangkan bengkak-bengkak badan dan melancarkan peredaran darah. Ianya diperbuat daripada kayu yang tahan panas dan tahan air. Alat ini direka untuk digunakan bersama batu sungai untuk tujuan bertungku.
















Caranya
1. Untuk digunakan sebagai alas kaki ketika bertangas. Saiznya yang agak besar membolehkan 
2 orang menggunakannya dalam sesuatu masa.
2. Jika ingin digunakan bersama batu tungku. panaskanlah dulu batu sungai tersebut (sehingga menjadi merah sebahagiannya) dan letakkan seperti dalam gambar. Tunggu kepanasan yang sesuai dan pijaklah diatas batu tersebut.














3. Batu sungai yang disertakan boleh juga digunakan untuk bertungku. Panaskan batu seperti
biasa. Balut dengan daun herba tolak angin (belian berasingan). Sebelumnya daun tersebut disapu dulu dengan minyak herba urutan (belian berasingan). Apabila batu telah dibalut dengan daun, bungkus dengan kain yang disertakan dan diikatkan diperut atau bahagian yang bengkak (sangat baik untuk ibu-ibu yang lepas bersalin dan mereka yang terseliuh)
|
This entry was posted on Khamis, Oktober 09, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.