Set Sauna Mudahalih (Portable Sauna Tent), Produk terbaru Jana Herba
Isnin, Disember 21, 2009 | Author: Ahmad Tarmizi bin Zaid


Apabila pihak Jana Herba mengeluarkan Kabin Mandi Wap Herba sedikit waktu dulu, ramai pengguna telah mengambil kesempatan untuk memilikinya dan rata-rata mereka adalah para pengusaha Spa dan mereka yang mempunyai ruang yang lebih di kediaman mereka.

Bagaimana para pengguna lain? mereka juga ingin memiliki sauna sendiri dan dalam masa yang sama memikirkan tentang kos dan ruang yang digunakan.

Setelah berusaha sekian lama dan memikirkan bagaimana mandi wap boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan pengguna maka muncullah Set Sauna Mudahalih atau Portable Sauna Tent, produk terbaru keluaran Jana Herba Enterprise.

Antara kebaikan yang ketara:

1. Set sauna ini diperbuat daripada kayu balau merah dan putih yang memang terbukti ketahanannya daripada haba dan air
2. Tidak menggunakan kanvas plastik atau kain nylon yang memudaratkan sebaliknya kabin diperbuat daripada kain kapas.
3. Cukup mudah di pasang walaupun oleh wanita kerana hanya menggunakan allan key.
4. Lepas dipakai boleh dibuka, lipat dan simpan
5. Kain yang mudah ditanggalkan dan boleh dicuci
6. dibekalkan dengan Pot Herba Elektrik 700watt, amat sesuai dengan keluasan kabin
7. Menjadi altenatif yang sangat baik kepada mereka yang tidak dapat memiliki Kabin Mandi Wap Herba kerana manfaat yang sama dengan kos yang kurang
8. Perkhidmatan lepas jualan yang terjamin kerana dikeluarkan oleh syarikat di Malaysia.

Apa yang penting kepada Jana Herba adalah manfaat kepada pengguna. Jika mementingkan keuntungan adalah lebih untung mengimpot terus daripada negara China (P.R.C.) ataupun dibuat daripada bahan plastik yang lebih murah.

Tetapi di Janaherba keuntungan adalah no.2. Apa yang lebih utama adalah manfaat kepada pengguna. Jika produk tersebut benar benar memberi manfaat dan kebaikan insyaallah keuntungan akan datang juga.

Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat...
|
This entry was posted on Isnin, Disember 21, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.